~WHEEL OF MY LIFE~

July 28, 2010

Melayu Oh Melayu..

Filed under: Article

Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu.

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu.

Apa hobi orang Melayu,
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika,
Metro pasal cerita hantu,
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru.

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Mana tak gendut berpenyakit selalu,
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku,
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu,
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu,
Ada tapi kurang sangat mereka di situ,
Kenapa melayu jadi begitu,
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru,
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu.

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu,
Nak harap Kerajaan saja membantu,
Terutama sekali kontraktor kelas satu,
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu,
Pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu,
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu,
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju.

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama dengan banyak menguasai ilmu,
Kata nabi ikutlah Al-Quran dan Sunnah-ku,
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
Tapi apa yang kita tahu cuma baca bila nak halau hantu

May 14, 2010

Warna Auramu Hari Ini… :)

Filed under: Diari Nasha

Warna Auramu Hari ini
Aura Warna sharida shariff pada 14/05/2010 adalah Orange. Berikut ini adalah prediksi keadaan kamu hari ini:
“Pribadi yang bertanggung jawab terhadap diri sendiri, tahu bagaimana memperlakukan orang lain, memiliki tujuan dan bekerja keras untuk meraihnya, bahkan tak segan bersaing untuk meraih tujuannya. Sahabat dan teman adalah sesuatu yang sangat penting baginya, menghargai apa yang dia miliki meskipun cenderung bereaksi berlebihan dengan rasa sensitifnya.”

May 11, 2010

Menyesal-Ressa Herlambang

Filed under: Lyrics


May 10, 2010

~Biar~

Filed under: Bicara Hati

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka…
Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua…
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri…
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi…
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api….

February 22, 2010

Asyik wat kerja bodoh!!!

Filed under: Diari Nasha

Asyik buat kerja bodoh!!!
Tak ada hasil serta membazir nyawa..
Mungkin kerja tu nampak macam best di mata orang2 yang sebodoh dia
Tapi aku gelak dlm hati ja ar
“Masih ramai lagi yang membodohkan diri rupanya”
Membuat kerja2 bodoh, agar disanjung orang2 yg tak faham apa2

February 10, 2010

20 Perkara Yg Buat Wanita “BENCI” LELAKI!!!!

Filed under: Article

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?

Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?

Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

January 25, 2010

~Jauh di sudut hati..~

Filed under: Diari Nasha

Banyak kata² yang ingin diluah tetapi tertinggal jauh di sudut hati…Walaupun saya merasa pedihnya tetapi saya sering berfikir lebih baik dipendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa saya pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan…

Saya tidak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi saya cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidah sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin saya cukup baik dan sempurna. Seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus saya jadikan sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri.

Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna dimata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.

Saya manusia biasa yang tidak pernah sempurna dan saya percaya setiap orang memandang sesuatu dengan pandangan berbeza mengikut kehendak dan keperluan..Tentunya saya tidak mampu memenuhi semua kriteria atau standard piawaian untuk memuaskan semua orang…

January 21, 2010

X ada otak! Bodoh!! & Berlagak Sombong!!!!!!!!!!!!!!

Filed under: Bicara Hati

Org yg x berotak memang suka buat benda2 bodoh…
X pikiaq pasai orang lain…
Yg dia tau diri dia puas…
Org yg x berotak suka ambil hak orang lain sesuka hati…
X pikiaq keperluan org…
Ada otak tapi sprt x berotak..
Hidup dgn angan2 palsu tanpa usaha..
Tu juga dinamakan bodoh…
Bodoh tapi berlagak pandai…
Mcm tau semua tapi sebenaq nya x tau apa2
Org mcm ni bukan ja bodoh tapi sombong…
X pernah ada usaha nak bertanya dan belajar daripada sejarah hidup…
Kerana terlalu banyak prasangka pada agama…
Allah tu seperti tuhan yg hny wujud di saat dlm kesusahan…
Angkuh diri hebat padahal ditarik sedikit nikmat terus sujud mintak bantuan tuhan…
Kita manusia hny punya asa…
Yg kuasa itu adalah Allah…
Jgn lah buang otak lalu menjadi bodoh dan berlagak sombong…
Masih banyak realiti hidup yg perlu dihayati dan dihargai…
Semua hny terjadi dengan redha Allah…
Tunduk dan sujudlah mengharap keredhaan-Nya!!!

December 31, 2009

GoodBye 2009… :)

Filed under: Diari Nasha

Salam..

Tidak banyak yang ku harapkan, tiada harapan yang ingin ku sandarkan sempena tahun baru nie. Apa yang pasti biarlah segalanya ceria, bahagia.. pendek kata.. semua masih boleh di kawal…heheheh… kenangan suka duka tetap menjadi pelengkap dalam hidup ini. Yang suka biarlah ianya terus menerus mengiringi ku tanpa bosan,yang duka biarlah ia menjadi sejarah, menjadi tauladan, pengajaran yang cukup bermakna dalam mematangkan lagi aku sebagai manusia..Setiap memori tersimpan kukuh, x pernah sedikit pun aku lupakan… satu persatu aku mampu gambarkan, namun biarlah ia menjadi potret sejarah yang tergantung di lubuk hati. Biarlah ia terlipat dalam liptan sejarah yang nyata. Tiada semalam, pasti tiada hari ini. Siapa aku semalam adalah siapa aku pada hari ini….Tirai 2009 perlahan2 ku tutup, bersemangat ku buka lembaran baru 2010 semoga ianya di penuhi cahaya gemilang, cahaya kebahagiaan, cahaya segala cahaya yang mampu menerangi bukan sahaja aku n keluarga tapi mereka2 yang lain…….
Happy New Year :) :) :)

December 28, 2009

I’m Back!!! :)

Filed under: Diari Nasha

Salam..

wahhh dh lama aku x tulis kat sini,alhamdulillah aku dh selamat pulang ke tanah air pd 4 dec 2009 lbh awal dari waktu yg di jangka pulang kerana ada sedikit pertukaran jadual penerbangan..aku bersyukur ke hadrat illahi kerana dpt menyempurnakan ibadah haji aku dgn lancar :) ,semlm aku baru ja balik dari Aceh huhuhu best giler time aku pi tu ada kenduri mmg meriah :) wahhhhhhh rindu nya nk pi Aceh lg..Miss u Aceh hehehehe :)

Kid Photo
imikimi - sharing creativity

hehhehehe comei nya..ngan budak2 tadika di Lambaro Aceh :)






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer